Sunday, December 11, 2022

PRE COUNCIL PROGRAM BERTEMUDUGA


Satu mesyuarat penyelarasan bersama Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar akan diadakan pada 13 Disember 2022 di Google Meet bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Program Bertemuduga.

Surat panggilan Pre-Council tersebut adalah seperti berikut :

https://drive.google.com/file/d/1FzDzLZOmzKRmnqb5lX4pXHo3MtfBZ1SZ/view?usp=share_link

JADUAL KERJA TEMUDUGA

 


Kaedah Temuduga yang boleh digunakan adalah :
  • Bersemuka
  • Membuat Portfolio
Pihak Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual telah berbincang untuk memilih kaedah membuat Portfolio sebagai satu kaedah temuduga dimana hasil kerja calon akan dinilai dan diberi markah di dalam proses kemasukan pelajar pada Sesi 2 2022:2023.

Keterangan berkaitan dengan Portfolio yang harus dilaksanakan oleh calon adalah seperti dibawah :


Berikut adalah arahan kepada calon yang layak untuk bertemuduga berkaitan dengan Panduan Penyediaan Portfolio Digital bagi calon Diploma Rekabentuk Grafik Sesi 2 2022:2023




Friday, December 9, 2022

DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK


Mulai Sesi 2 2021:2022, kemasukan bagi program Diploma Rekabentuk Grafik perlulah menjalani proses temuduga. Semua permohonan kemasukan perlulah melalui Bahagian Ambilan Pelajar, JPPKK untuk disenarai pendek bagi menduduki proses temuduga.

Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar telah melantik PMS sebagai Pusat Temuduga bagi program Diploma Rekabentuk Grafik. Lampiran surat tersebut adalah seperti dibawah :

PERLANTIKAN SEBAGAI PUSAT/PANEL TEMUDUGA

  SESI I 2023/2024 PMS telah dilantik sebagai pusat temuduga bagi program DRG - Diploma Rekabentuk Grafik pada Sesi I 2023/2024. Adalah dima...